UMS INVESTMENT HOLDINGS SDN BHD. (UINVEST) (Co. No. 484455-K) telah mendapati bahawa terdapatnya penyamaran individu atau pihak tertentu yang bertindak sebagai wakil UiNVEST yang menggunakan nama dan juga logo Syarikat ini dalam aktiviti pelaburan atau aktiviti dana bagi pihak UiNVEST serta turut mengakui kakitangan sah syarikat ini.
ADALAH DENGAN INI DITEGASKAN UNTUK PERHATIAN UMUM DAN PIHAK BERKENAAN, bahawa UiNVEST tidak pernah terlibat atau melantik mana-mana individu atau pihak sebagai wakil atau ejen bagi menjalankan aktiviti pelaburan atau apa-apa aktiviti bersifat pengumpulan dana, saham atau transaksi atau urusniaga seumpamanya. Jika ada pihak yang mengaku sebagai ejen atau wakil UiNVEST maka ia adalah TIDAK BENAR DAN ADALAH PALSU. Pihak UiNVEST memandang serius terhadap sebarang dakwaan atau aduan orang ramai mengenai penglibatan sindiket atau mana-mana pihak yang mengaku membuat panggilan mahupun apa-apa bentuk pengiklanan di mana-mana media cetak atau media sosial bagi pihak UiNVEST bagi tujuan kutipan dana atau pelaburan. Pihak UiNVEST sama sekali tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti yang disiarkan, diwar-war atau ditularkan.
Pihak UiNVEST telah membuat laporan polis pada 29 Julai 2019 di Balai Polis Alamesra Kota Kinabalu berkenaan dengan penafian penglibatan di atas aktiviti tersebut serta TIDAK AKAN berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan ini yang boleh atau berpotensi menjejaskan nama baik UiNVEST.
Tarikh: 28.8.2019
Bahagian Governan, Perkhidmatan Korporat dan Perundangan,
UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. (UiNVEST)
Close